http://www.ppsriintan.blogspot.com

Thursday, June 10, 2010

GOTONG ROYONG MEMBINA PAPAN TANDA TAMAN


Tuan/ Puan,

GOTONG ROYONG MEMBINA PAPAN TANDA/ PAPAN KENYATAAN SERTA LANSKAP DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DILALUAN UTAMA TAMAN INTAN, KAJANG

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan Persatuan Penduduk akan mengadakan gotong royong bagi maksud

diatas seperti butiran berikut.

Tarikh : 11hb April 2010 (Ahad)

Masa : 8:30 pagi

Bertempat : Jalan Intan 4

Berkumpul (Bersebelahan TNB Sub-station)

3. Sehubungan itu tuan/puan diharap dapat melapangkan diri untuk bersama-sama didalam majlis ini.

Bawa bersama peralatan seperti tukul besi, skop, cangkul dan lain-lain perkakas sekiranya ada dan

sumbangan kueh mueh dan pokok bunga amat dialu-alukan.

Kerjasama dan sokongan yang tuan/puan berikan kami hargai dan semoga dengan adanya program

seperti ini akan mengeratkan silaturahim dikalangan penduduk ditaman ini. Dikesempatan ini kami

merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih.

Sekian, dimaklumkan
















2 comments:

  1. Semoga program seumpama ini akan mengeratkan tali siraturrahim sesama masyarakat. tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan program ini dengan penuh semangat kemasyarakatan.

    ReplyDelete
  2. Cikgu...jangan lupa datang hari Sabtu ni
    Kehadiran Cikgu memberi semangat kepada kami untuk bekerja lebih kuat dalam memajukan persatuan

    ReplyDelete